Aktiviti Jawi 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Para pendidik dan ibu bapa yang dihormati, Buku Aktiviti Jawi 1 ialah latihan dan aktiviti pengkayaan kemahiran membaca dan menulis dan aktiviti mengenal dan menulis huruf-huruf jawi. Melalui buku ini, anak-anak didik dilatih:

  • Membaca cerita-cerita pendek dan lucu
  • Aktiviti menulis semula perkataan-perkataan mudah dengan bimbingan garisan putus-putus
  • Aktiviti memadan perkataan dengan gambar-gambar yang menarik
  • Aktiviti mewarna yang santai

Para guru dan ibu bapa yang disanjung, Dalam setiap cerita yang dipersembahkan, ia kaya dengan nilai-nilai akhlak yang boleh diangkat sama ada melalui sesi lakonan, bercerita dan sebagainya. Ia bagai serampang dua mata. Pada akhir pengajaran, anak-anak didik bukan sahaja mampu pandai membaca dan menulis malah berjaya menerap dan menterjemah ciri-ciri akhlak mulia dalam diri masing-masing. Selamat maju jaya.

Penulis: Ezee Rahmani (Engku Zainun Engku Abdul Rahman)
Penerbit: WMZ Media Sdn Bhd
Tahun: Disember 2015
Mukasurat: 32
Berat: 100 gm
ISBN: 978-967-13646-7-3

Additional information

Weight 0.1 kg
Dimensions 26 x 19 x 0.4 cm

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Aktiviti Jawi 1”